Tayangan.Filem.Pendek!!

10:52 PM Unknown 0 Comments

Assalamualaikum!!



Bertemu kita kembali di dalam rancangan BAHASA MELAYU PASAR!!
pada julung - julung kalinya sebuah tayangan filem pendek telah diadakan di Stor DBP pada 30hb Julai 2011. Filem2 pendek yang ditayangkan adelah:

Kotak (18 minit) – Pengarah: Ariff Zulkarnain
Bebas (16 minit) – Pengarah: Aisyah Abbdullah
Sudu dan Garpu (15 minit) – Pengarah: Faiq Khalifa
Perempuan, Hantu dan Skandal (18 minit) – Pengarah: Ridhwan Saidi
TV (10 minit) – Pengarah: Aboi
Bandar Jahil (16 minit): Haris Md Noor

aktiviti yang dianjurkan adelah tayangan filem2 pendek pastu aktiviti diskusi. moderator yang volunteer adelah tak lain dan tak bukan en.Moizzis Rcong. sesi soal jawab antara penonton dan pengarah mendapat sambutan hangat apabila soalan2 general beralih ke soalan2 tentang pembangunan filem di negara kita. Alhamdulillah, banyak input yang dapat diperolehi daripada persoalan2 bernas yang dilontarkan.





sesi tamat pada pukul 11 stgh (terlebih stgh jam..huhu!) dan diskusi beralih ke kedai mamak yang buat maggi goreng ayam yg lazat dekat dbp (aku xingt name die). Ribuan terima kasih pada semua yang turut serta dalam tayangan kami. sebarang komen atau cadangan bolehlah anda paparkan di sini atau di blog Revolution Stage

Terima Kasih Daun Keladi,
Lepas raya kite jumpa lagi!!

(p/s: sesiapa yang nak submit short film anda untuk tayangan seterusnya boleh membuat permohonan anda dengan cara komen. nanti kita contact2)

0 comments: