Menghapus Jejakmu

5:03 PM Unknown 0 Comments

by Peterpan (peterporn?)

Selamat berpuase ya kawan2!!bertemu kembali di segmen bahasa melayu pasar!!sejak kebelakangan ni aku kurang tulis review (ulasan) filem hanya sebab aku xtengok wayang dalam mase2 terdekat ni. tp lain kali aku tgk, aku akan ulasan (dan hentam) panjang2. di bulan yang mulia ni alhamdulillah setakat ni aku masih berupaya untuk berpuasa, walaupun diganggu oleh bayangan2 yang menyelubungi perasaan, nk buat camne......layan saja!hmm...

walau bagaimanapun itu tidak mengganggu topik kita pada hari ini, duit. dapat duit, shopping (membeli belah)! memang sah la klu dapat duit mesti membeli. tp harus diingat, walaupun nak raya, macam2 bende nak beli...puase tetap puasa. menguji kesabaran dan kekuatan iman. dalam erti kata lain, jangan tak ingat dunia ye kawan2. mase kat bazaar tu, taula korang tengah lapar tp belum tentu mase berbuka korang boleh habiskan sume makanan yang dibeli. tu semua nafsu je! aku bukanlah pakar agama tapi mengulas ikut akal. (jangan nanti nak pertikaikan perangai aku lak!)

selain daripada makanan, bulan puasa ni kalau boleh amik kesempatan untuk mulakan balik hidup. yang buruk semua jadikan teladan, memaafkan dan melupakan perkara2 yang lepas, syukur dengan nikmat yang diberi dan yang sedia ada.

semoga Ramadhan kalian kali ini memberi makna mendalam dalam hidup kalian.

Amin.

0 comments: